Form 6? STPM?

5:52 PG Unknown 0 Comments

Okay, haritu saya ada kata nak share pasal Form 6 kan? So harini nak tunaikan janji tu. Selamat membaca.

Okay, saya masuk Form 6 ni bukan la sebab dah tak dapat mana-mana tawaran walaupun memang tak dapat mana-mana pun. 😅 Saya masuk Form 6 sebab dia ada ciri istimewa dari kolej, matrikulasi dan politeknik. Ciri keistimewaan Form 6 ni sama la ya dengan kebaikkan nya.

Antara kebaikan Form 6:
• Tempoh pengajian yang singkat.
Cuma setahun setengah je then korang dah graduate. Kalau diploma, korang kena study selama 3 tahun.
• Setaraf dengan diploma.
Sijil STPM ni setaraf dengan diploma. Korang tangguh lelama nak sambung study pon tak apa. Nak tukar kepada A level pon boleh tau.
• Yuran yang murah.
Ha, yurannya sangat lah murah berbanding diploma, matrik dan sebagainya. Yurannya sama seperti sekolah biasa. Macam korang Form 1 sampai Form 5.
• Adanya kerja kursus.
Setiap subjek yang korang amik akan ada kerja kursus. Kerja kursus ni la yang akan bantu naikkan gred and pointer korang. Kerja kursus ni dipantau sepenuhnya oleh cikgu-cikgu Form 6 tau.

Ha, lagi satu nak cakap. Form 6 ni dah tak macam dulu dah. Tak macam SPM periksa besar dia akhir tahun nanti. Tak. Dah tak okay. Form 6 dah pakai sistem semester jugak. So, korang kena maintain kan pointer korang setiap sem untuk jadi pelajae cemerlang la ya. Biasa la kan, exam mana yang tak susah? Semua susah kan. Lagi-lagi STPM ni peperiksaan no 3 paling susah di Asia. So, kalau korang memilih Form 6, korang kena struggle and usaha lebih daripada korang amik SPM dulu.

Okay, mesti ada yang tertanya-tanya course apa yang ditawarkan di Form 6 ni kan? Meh saya share serba sikit. Bidang yang ditawarkan ni ikot sekolah la ya. Ada sekolah yang amik bidang sains ja. Ada sekolah yang amik bidang sastera ja. So korang pandai-pandai la pilih ya.

Antara subjek yang ada di Form 6:

Aliran Sains:
• Kimia
• Biologi
• Pengajian Am
• Fizik
• Matematik T

 Aliran kemanusiaan:
•Pengajian Am
• Pengajian Perniagaan
• Ekonomi
• Geografi
• Bahasa Melayu
• Matematik M
• Seni
• Sejarah
• Sain Sukan

Ha, itu sajalah yang saya nak kongsi kali ni. Harap korang semua fikir la masak-masak sebelum buat keputusan untuk sambung pengajian. Doa banyak-banyak dan buatlah solat istikharah serta hajat minta pertolongan dari-Nya. In Shaa Allah dipermudahkan urusan. Amin. Terima kasih kerana sudi membaca. ✌🏻 Malas nak taip panjang-panjang nanti ada orang complain. 😂 Da.. 👋🏻

0 ulasan: